Isnin, 19 Julai 2010

Perasmian Surau Baru Selasa 20 Julai 2010

Satelah hampir setahun pembinaannya dan beberapa kontraktor silih berganti maka pada hari ini Selasa 20 Julai, 2010 maka terbentuklah sebuah surau (yang belum diberi nama) berdiri dengan megahnya.
Surau ini boleh muat kapasiti yang agak ramai iaitu hampir 200 orang murid. Bermula hari ini maka rasmilah surau ini boleh digunakan satelah pihak sekolah menerima kunci dari pihak berkuasa. Sempena hari perasmian pembukaan Surau ini maka satu majlis ceramah, tahlil, jamuan pelajar yatim serta guru turut diadakan.

















Pandangan surau dari sabelah kanan


















Sesi menyemak nama pelajar yang layak
















Bang et dan bang chop siap sedia gulai kambing
















Pandangan surau dari sisi kiri
















Majlis bersedia menunggu pelajar
















Ustaz Abdullah Khairi sedang memberi ceramah
















Pelajar tekun mendengar ceramah















Pelajar perempuan turut sama















Keadaan dalam surau sangat selesa















Pelajar siap sedia di majlis perasmian















Pelajar sedang berkumpul untuk ke dalam surau














Reka bentuk surau yang menarik


HARI KEMUNCAK KO-KURIKULUM SMK SRI MUDA DAN HARI KANTIN 2010


Hari Kemuncak KoKurikulum SMK Sri Muda di adakan pada Sabtu 24 Julai 2010 bertempat di Dewan Terbuka, Padang, dan di Garaj SMK Sri Muda. Perasmian disempurnakankan oleh Encik Adenan B. Idris, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Pengurusan Kemanusiaan PPD Utara.








Selain daripada pemberian hadiah dan anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum, acara-acara lain turut di adakan. Acara-acara tersebut ialah Perbarisan Kehormat Unit Berunifom, Persembahan Kawad Formasi Unit Berunifom, Jualan Hari Kantin, Sukaneka dan Pertunjukan Pencak Silat.