ANUGERAH 2010

            Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Sri Muda di adakan pada Sabtu 31 Julai 2010 bertempat di Dewan Tertutup SMK Sri Muda. Perasmian dan hadiah di sampaikan oleh Yang Berhormat Dato Haji Azhar B. Haji Ibrahim Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Penaga yang juga Pengerusi PERDA. Selain penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar acara persembahan juga turut di persembahkan oleh pelajar-pelajar sekolah. Pegawai Pelajaran Daerah Tuan Haji Abu Bakar B. Muad turut hadir dan memberikan hadiah kepada pelajar-pelajar. Turut diadakan ialah Pertandingan Melukis bagi kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun sahaja.